3/03/2010

Cuti P-D Hooray² 2010 Information




Pada 3 Mac 2010, beberapa individu telah membuat trip survey ke Port Dickson iaitu lokasi Cuti Hooray² akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini. Lokasi bertempat di Pantai Batu 4 iaitu sejauh 12KM dari Pekan Port Dickson. Fasiliti di tempat tersebut boleh dikatakan sebagai,adalah juga. Kawasan pantai itu juga berdekatan dengan jalan tempat umum.


Perjalanan bermula di KL Sentral,kami berkumpul di KL sentral jam 9. Kemudian kami bertolak menaiki KTM Komuter ke stesen terakhir selatan iaitu Stesen Seremban (RM6). Setelah tiba di Stesen KTM Seremban yang mengambil masa 1.5jam, kami berjalan kaki sejauh 500M ke stesen bas Terminal One Seremban untuk menaiki bas ke bandar Port Dickson. Kami menaiki bas City Liner(RM4) untuk tiba ke pekan Port Dickson. Tiba di bandar Port Dickson, kami singgah makan tengah hari di sana kemudian sekali lagi kami diperlukan menaiki bas kedua untuk ke Pantai Peranginan Batu 4,Port Dickson. Kami menaiki bas City Liner(RM1.50) dan tiba di lokasi kawasan pilihan kami. Jumlah anggaran kilometer dari KL Sentral ke Lokasi kawasan pilihan ialah 140KM dan mengambil masa lebih kurang 4 Jam sahaja. Di bawah menunjukkan gambar tentang progress kami dlm tinjauan kali ini. Dan sedikit pengiraan


Kl sentral -> Stesen KTM Seremban (RM6 Laluan Sehala)
Seremban Terminal One -> Terminal Port Dickson (RM4 Laluan Sehala)
Terminal Port Dickson -> Pantai Peranginan Batu 4 (RM1.50 Laluan Sehala)

Jumlah Kos Perjalanan Sehala (KL - Pantai Batu 4) rm11.50
Jumlah Kos Perjalanan Pergi Balik (KL - Pantai Batu 4 - KL) rm23.00 (Tak Termasuk Kos Perjalanan Dari Pintu Rumah)

Berkumpul di KL Sentral, sambil menunggu..Awie(adam) baca paper jap..macho
Menaiki tren KTM ke Stesen Seremban...muka x betul
Bile laaa nk sampai ni....berangan kejap
dalam perjalanan berjalan kaki ke Terminal One..tempat pejalan kaki ada CCTV
Bas City Liner menuju ke Terminal Bandar Port Dickson
Dugong tidur
kelihatan kawasan pantai sepanjang perjalanan ke Pekan Port Dickson
Terminal bas Pekan Port Dickson
Bukti kami tiba di tempat tersebut
Singgah Lunch di Restoran Jamsari,Pekan Port Dickson
 air ade...makanan x smpi lagi...haha
bergambar sambil menunggu bas untuk ke Pantai Peranginan Batu 4
Dapat juga menaiki bas ke Pantai Peranginan Batu 4
jalan menyusuri keluar Pekan Port Dickson
tiba di kawasan pantai peranginan...menyesal dtg lambat..air surut...siot gile
Jalan menyusuri pantai mencari lokasi tapak perkhemahan sesuai
gambar kenangan
Lokasi pilihan kami ialah kawasan bersebelahan gambar ini...landai...ada tempat teduh..
angin bayu laut amat lah nyaman di sini
pemandangan laut pantai
Gambar kenangan....sedih,semua sudah tiada...ceppppp
Muka tak tahan nak main air...
poyo lah mamat ni
hahaha....org gila masuk air..ceppp
Berjalan menyusuri pantai...salman perut gemuk
macam bes je pulau kecik tu...x jauh pun
area ni sesuai utk kawasan perkhemahan kite nnti...
kawasan ni sesuai...sejuk...
Perjalanan Pulang...Tammat~

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA...JIKA ADA APA2 SOALAN..DROP KOMEN...JANGAN MALU SEGAN...

1 comment: